Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bukit Rawang Jaya telah dibina di atas  Lot 7179 dan 1218 Taman Bukit Rawang Jaya, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Sekolah ini mempunyai keluasan 5.85 ekar dengan sebuah blok 3 tingkat. Sekolah ini mempunyai satu blok 3 tingkat berbentuk 4 segi, 2 buah Pra Sekolah dan sebuah kantin  dilengkapi dengan 30 buah bilik darjah, 2 buah pra sekolah, 2 makmal sains, makmal komputer, bilik mesyuarat, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik pendidikan seni, bilik kerja tembikar, bilik pemulihan, bilik guru, sebuah bilik kaunseling, bilik SPBT, bilik tayang, bilik SAL, bilik MI, PSS, bilik rawatan, pejabat, kedai buku, dewan terbuka serta sebuah pondok pengawal keselamatan.

Penyerahan bangunan sekolah telah dilaksanakan pada 7 September 2000. Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Puan Hajjah Salmah bt  Md Sahib (2000-2009). Kemudian apabila beliau bersara, tempat beliau telah diganti oleh Puan Siti Aishah bt Karman (2009-2014). Seterusnya Encik Mohd Yazid @ Mohd Paisal bin Mohamad Kamin dari SK Batu Arang  yang   telah mengambil alih pentadbiran Puan Siti Aishah binti Karman yang bertukar ke SK Bandar Baru Rawang pada tahun 2015. Beliau menjadi Guru Besar selama 2 tahun iaitu dari tahun 2014-2016. Pada 11 Januari 2016, Puan Hurul Ain Zahra binti Mohd Halim mula berkhidmat mengisi jawatan Guru Besar yang telah dikosongkan oleh En. Mohd Yazid @ Mohd Paisal bin Mohamad Kamin yang berpindah ke SK Tok Muda, Kapar Klang Selangor.

Puan Hurul Ain Zahra binti Mohd Halim pernah menyandang jawatan sebagai Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak ( 2012-2013),  Penolong Kanan HEM  di SK Taman Selayang 1 (2013-2014) , Penolong Kanan Pentadbiran di SK Sungai Serai (2014- 2015 ) sebelum dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Bukit Rawang Jaya.