Program Transformasi Sekolah 2025

Sekolah Bukit Rawang Jaya telah terpilih untuk menjadi Sekolah Transformasi bagi Program Transformasi Sekolah 2025 anjuran Kementrian Pendidikan Malaysia.

Pengenalan

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yg terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:-

  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti/ berwawasan
  • Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu

Semoga SK Bukit Rawang Jaya mencapai Objektif TS25 ini kelak.