Piagam & Matlamat Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

Kami, keluarga SKBRJ berjanji dan berikrar dengan tekad dan iltizam yang satu, akan menumpukan sepenuh usaha dan tenaga :

1.    Mendidik dan membimbing anak-anak didik kami, berasaskan kepada budaya ilmu memenuhi kehendak negara, bangsa dan agama.

2.    Menentukan keluaran murid yang berkualiti, bertanggungjawab dan tahu harga diri.

3.    Mengamalkan budaya bermusyawarah, sentiasa mesra dan memberi layanan yang saksama.

4.    Mewujudkan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

5.    Menyediakan kemudahan fizikal yang mencukupi dan memenuhi keperluan semasa.

6.    Mengurus kerja dengan cekap dan berkesan.

7.    Berusaha mencapai tahap akademik dan akhlak yang gemilang dan terpuji.

MATLAMAT SEKOLAH

1.    Melahirkan generasi yang berbudaya ilmu progresif, berhemah tinggi, berdisiplin, bersatu berketrampilan serta bersemangat waja..

2.    Melahirkan warganegara yang berkualiti, bercita-cita tinggi, berbakti, mengamalkan nilai-nilai kerohanian serta memelihara kesantuan.

3.    Membina dan memelihara citra sekolah supaya setanding dengan sekolah-sekolah yang telah lebih mapan pencapaiannya sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan budaya serta iklim sekolah.

4.    Menjadikan sekolah di antara Sekolah Rendah terbaik di dalam Negeri Sekolah.