Perhatian buat mak ayah yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 & 2013 iaitu berumur 5 dan 6 tahun sekarang, pendaftaran darjah satu secara online telah dibuka bermula 1 Mac 2018 bermula jam 10 pagi.

Layari : https://public.moe.gov.my/

Borang yang telah siap diisi nanti perlu di cetak dan serta bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

Dokumen yang diperlukan:
– Sijil lahir anak (salinan + asal)
– Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– Surat nikah / cerai (salinan + asal)
– Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– Sampul surat standard dan setem
– Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

Pendaftaran dibuka bermula 1 Mac hingga 30 April 2018