Malaysia Jadi Tuan Rumah Asean School Games ke 10

yang akan berlangsung pada Bulan Julai 2018. Malaysia menjadi tuan rumah selepas Singapura menjadi tuan rumah bagi Asean School Games edisi 9 pada tahun lepas 2017. Berdasarkan turutan, sepatutnya Malaysia akan menjadi  host pada tahun lepas, namun disebabkan Malaysia juga menjadi Host bagi sukan sea pada tahun lepas, Malaysia memberi laluan kepada Singapura untuk menjadi tuan rumah, Dan sepatutnya Singapura menjadi tuan rumah pada tahun 2018, tetapi Giliran Malaysia pula menjadi tuan rumah.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diberi mandat untuk mengelolakan Asean School Games ini. Dan kebanyakan venue perlawanan dan penginapan terletak didalam Negeri Selangor bagi memudahkan peserta, delegasi dan pegawai yang terlibat menghadapi kejohanan tahunan ini.

Malaysia dijangka akan mempertandingkan 12 Sukan dan akan melibatkan 3000 orang peserta termasuk pegawai kejohanan dan Delegasi bagi setiap negara.

Kami dari SK Bukit Rawang Jaya, mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia yang akan mengharumkan nama negara di kejohanan tersebut.