Lencana Sekolah

MAKSUD WARNA DAN LAMBANG-LAMBANG LENCANA SEKOLAH

WARNA MERAH:
Semangat berani yakin boleh.

WARNA PUTIH:
Kesucian, keikhlasan untuk belajar.Kebersihan menjadi asas keperibadian insan.

WARNA BIRU:
Perpaduan dan keharmonian.

WARNA KUNING:
Kedaulatan raja berperlembagaan.

BULAN DAN BINTANG:
Agama rasmi negara dan lambing kedaulatan raja.

LIMA GELUNG:
• Perlambangan semangat kesukanan.
• Kecergasan fizikal dan mental.
• Hidup yang cergas dan sihat melalui kecemerlangan dan komitmen dalam aktiviti kokurikulum.

PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Perlambangan yang mengibaratkan sinaran matahari sebagai pancaran ilmu untuk semua.

BUKU:
Lambang sumber ilmu pengetahuan yang tidak akan luput.

GLOB:
Pandangan semesta (global view) pendidikan yang tidak terhad dan tidak bersempadan.

LAMBANG SAINS (ELEKTRON MEASAT):

• Perlambangan sains dan teknologi serta teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang seiring dengan wawasan pendidikan.
• Memperkayakan pendidikan melalui sains dan teknologi. Integrasi pendidikan tradisional dan pendidikan maya.